Friday, February 20, 2009

MUSLIMAT PERKASA

Mereka mahukan muslimat perkasa,
Yang mampu berdikari,
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi,
Yang lantang bersuara memberi pandangan,
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan.

Cuma dia rasa seperti mahu bertanya ,
Mahukah mereka pada isteri perkasa?,
Acapkali terkena sejuknya angin malam,
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan,
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan,
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan ,

Namun dia berserah dan cuba,
Untuk tidak ambil kisah.



Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah,
Kuat hatinya seperti Nusaybah,
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah,
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah,
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah ,

Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang,

Kerna musuh itu sedang menyerang,
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme,
Jadi dia perlu terus bergerak,
Mempertahankan Islam dan kebenaran,
Membantu para muslimin di medan juang,
Walau kadang dia bertanya,

Perlukah sebagai muslimat,isteri, ibu,
Untuk terus berdiri di medan perjuangan? ,
Apapun dia sentiasa katakan pada diri,
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan,
Manusia itu hanya sandaran,
Jadi biarlah tuhan yang menentukan,

Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang,
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?.

Renungan buat diri yang terleka...




















Sebiji cawan...
Jika x dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi Iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu & agama,
Agar hidup dekat dengannya,
Baru hati tenang dan bahagia...

Saturday, February 14, 2009

Failing to plan is planning to fail...


Bismillahirrahmanirrahim...
Kesibukan yang agak melampau tahap tut... membantut kehendak diri untuk terus mengirim post... Namun, kucuba jua mencari dan mencuri seterusnya menggunakan masa yang pantas berputar ni untuk menulis... "Failing to plan is planning to fail"... Saya tujukan kata-kata ini untuk diri sendiri, sebagai langkah untuk merefleks diri sendiri... Kenapa saya boleh tertulis pasal ni??? Jawapannya disebabkan cabaran tugasan dan sukatan bagi semester ni agak mencabar dan menguji ketahanan mental sket... hehehe... So, as a 1st year degree trainee, i have to plan my work/task/tutorial etc, and become a sistematic person...(macam robotla pulak)...
So, cikgu izzati... Plan your work properly or otherwise you planning to fail... kwang3..
Wassalam...