Thursday, May 14, 2009

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Salam ceria...
Alhamdulillah masih beerkesempatan mengirim post ke blog nie...
Bersempena musim peperiksaan yang makin hampir, saya ingin berkongsi sedikit tips utk menghadapi exam...
So, selamat mencuba=)

 
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya.  Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
  
 
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
  
 
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
  
 
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.  Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar..  Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
  
 
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi.  Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .
 
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
  
 
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis.  Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
  
 
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
  
 
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
 
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Buat rakan-rakan yg juga bakal atau sedang menghadapi exam, All Da Best k... Berusahakah sedaya mungkin kerana Allah menilAi usaha yang kita lakukan, bukanlah hasil yang diperolehi...

Jumpa lagi... Wassalam  =)
 

Saturday, May 9, 2009

Di ambang... Final Exam

Hari nie, 9 Mei 2009. Hanya beberapa hari shj lg berbaki utk tiba ke Final exam... Tp malangnya diriku masih belum bersedia ke arah itu... Bila la agaknya... Buat ma & abah yg dicintai n disayangi, kak mohon ampun andai kak xdapat bagi yg terbaik utk sem nie. Lg menyedihkan bila dua test Math2 yg lepas, sy xdpt 'perform'...huhu... Harap2 result test yg lalu dh berjaya menyedarkanku dari lamunan... Walaupun sibuk dengan kerja persatuan dan kerja luar, study xbleh ditinggalkan. Buat classmateku semua, all da best k... Juga buat sahabatku Hartini yg bnyk bgi tnjuk ajar khususnya subjek MT2 n jga tman studyku, tenkiu bnyk2 Moga kta smua mampu buat yg terbaik. Buktikan pada Papa kesayangan n Madam yg dikasihi yg budak Math Jan 09 can give them da best result... 
Jgn lupe doakan kjayaan bersama. Perbanyakkan solat hajat... Moga hati-hati kita mnjadi tenang & mampu bersedia sehabis mungkit utk berjuang. Sama-samala kita berjihad dlm menuntut ilmu. Hayya biljihad... Wassalam=)

Saturday, May 2, 2009

Nasyeed Pilihan Hati=)

Assalamualaikum dan salam ceria...

Skrg ni, lagu ni berada di ranking pertama yg bertahta di hatiku...

Jom berkaraoke, sambil menghayati liriknya...

ANDAIKU TAHU...

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Chorus:
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu