Friday, June 19, 2009

STAND UP

Album :
Munsyid : Muadz Dzulkifli Al-Masaar
http://liriknasyid.com


"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Thursday, June 11, 2009

Apa sumbanganku utk ISLAM...

Kerap jua terfikir di minda... Apa yg mampu disumbangkan utk ISLAM tercinta? Adakah wang ringgit? harta? keringat? tenaga? masa? atau... Perlu ke insan yg merasakan dirinya lemah dan xberdaya utk membantu agama Allah ni turut sama menyumbang utk Islam?

Oleh itu, saya tertarik utk membawa satu kisah mengenai seekor burung kecil dan seekor cicak sewaktu zaman Nabi Ibrahim.

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”


Oleh itu, sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Ingatlah usahlah takut jika kita tidak berjaya menegakkan ISLAM, sebaliknya gerunlah sekiranya kita tidak pernah berusaha utk memastikan ISLAM dijulang di muka bumi Allah ini... Allahuakbar...

Tuesday, June 9, 2009

Si Comel Permata Hati...

Hmmm... Bile sebut je  permata hati ni biasanya sinonim dgn ank2. Saya? Saya memg xpunya anak lagi ('',) tp sy rasa tertarik nk bercerita ttg anak kpd kakak saya...(hmm... anak sdara la tu)... Betul ke anak2 ni permata hati? Saya pon xpasti sbb sy xda pngalaman...
Tp, segalanya terjawab slps lahirnya seorg puteri yg comel n kiut miut, akhir Disember thun lalu.

JENG3...

Inilah puterinya... waa...tdo je kejenya.

Masa tu smpatla kakak sy berpantang di rumah, n kebetulan sy pn tgh bercuti n ada di kg halaman pd waktu tu. Jd secara x lgsung ada jgk pgalaman bsama baby comel ni... Alhamdulillah, pd mulanya baby ni xbnyk meragam. Tp bile usianya 
dah mncecah seminggu gitu...huhu lain plak jadinya. Selalu jgk meragam, lg2 tgh mlm. Wktu 
ptg dia tdo, buatla ape pon x jgk mau jaga. Smpai kami yg nk main dgn dia pn frustrated je...huhu. Xpelah, aslkan dia bhgia dgn 'dunianya'.
Dah kalu ptg2 dh terlebih tdo, mlmnya mula la nk berjaga, qiamullail barangkali...
Makin lama bersama baby ni, makin mendalam rasa syg...Chewah... Xlama lg alya da nk blik KL. Rasa berat je nk berpisah... Menangis dlm hati... Uwaa~~~...
Sejak dari itu, barula sy sedar... memang betul kta org, anak itu permata hati ibu bapa... Hmmm, saya terfikir kalaulah sy yg hanya 'makcik'nya yg hnya bersama baby ni beberapa minggu je, pun dah merasa kasih n syg pd baby ni n berat utk berpisah dgnnya... 
Apatah lg ibunya yg 9 bln mengandungkan, merasa keperitan melahirkan n mnjaganya spnjg masa...
 Masya Allah, mstila xdpt dibayangkan kasih n syg seorg ibu kpada anaknya.
Setelah beberapa bulan berpisah dengannya, rndu yg teramat dkt ank sedara sulungku ini... Akhirnya kami bertemu kt kg time cuti sekolah ni...(Jejak kasih..hehe..)...

'Alya Nur Syuhada' Bt. Muhamad..
Wa... da besar da (usia 5 bulan)

Dengar crita xbnyk meragam lg da... Tp kalau da nangis, nyaringnye... huhu... Xprcaya, tnyala uminye...

"Ank umi baik kan..."

Hmmm... Bgusla kalo dh mcm tu... Alhamdulillah, lega rasanya..(hehe.. mcm lbh2 plak...)

Aik, tp ni ape crta pulak...

Ish... Ni xbleh dibiarkan. Mesti bertindak!!!... Budak baik meragam...

Olo... Tarik muka plak die... 
Sory alya mami xsngaja...hehe...

Jgn mrajuk ye bdk baik, cpt2 umi ngan abati pujukla alya...

"Alya, tgk kamera tu..."
Yea2, alya snyum kmbali.
Comelnya alya bsama umi n abati.
(p/s: 'comel' hnya ditujukan pd alya shj..peace.hehe..)

Ni alya bsame atuk n neneknya...
"Caayaaang Alya" 
(Sayu nk berpisah kmbali)...

Alya merenung masa hdpn...
Buat Alya, moga kelak bergelar srikandi Islam...
Mnjdi pnyambung rntai2 pjuangan...
Tnggi hrpn umi n abati, serta Mummy Ti...(",)

"Alya jgn nakal2 yeh"

Seminggu bersama 'Alya Nur Syuhada'. Kini kami berpisah lagi...huhu. Namun Alya tetap di hatiku..(Iklan tv9 tu...)... 
"Alya, nnt kta jmpa lg ye. Tnggu mami di sna.... Syg skmo..."

Oleh itu, tahniah bg yg dh memiliki chaya mata. 
Didiklah, asuhlah chya matamu krana dialah permata hatimu... Berilah tarbiyyah seckupnya utk prmata hatimu agr kelak membesar mnjadi insan perkasa yg mnyumbang utk ISLAM tercinta...
Wassalam...
~PEACE~

Monday, June 8, 2009

Adakah Kau Lupa

Moga bangkit semangat juang kita... Hayatilah lirik nasyid ini~~~

Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani 
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami

Sunday, June 7, 2009

tEMaN oH TeMAn....


Bahagia ke bila kita punya seseorg yg bergelar kawan, sahabt & juga teman...??? Mcm dlm lagu nasyid nyanyian UNIC tu...

Mcamana yg dikategorikan kawan, shbt tu pla
k macmana, teman tu mcmana pulak eh?
Ish...
Kalau nk berkawan, rasanya semua
 org punya kawan...
Tp bukan senang nk bersahabat atau berteman... kan?~~

"Setiap ukhuwwah pasti diuji"
...Mencari keikhlasan...

Boleh ke bersahabat @ berteman kalau hati x ikhlas...
Sabahat @ teman ke kalau mulut selalu mengungkit...
Shbt @ teman ke kalau ada rasa menyesal dlm perhubungan...
Shbt @ teman jgk ke kalau dlm hati xrela teruskan persahabatan & brharap xkan miliki shbt @ teman seperti 'si dia' kalau diberi pilihan kedua...

Kalau shbt @ teman buat slh kta kna maafkan, kn? Sb dia kawan, shbt & teman kita...
Tp kalau btul maafkan, perlu x kita ulang perbuatan 'si dia' tu dgn sbb utk lyn shbt @ teman tu sma mcm 'si dia' lyn kita walau kita sedar perbuatan tu x elok dan akan memburukkan lg keadaan...?????

Kita kena syg shbt @ teman kita kn? Tp.... cukupke kalau syg je yg teman @ shbt kita ada? 
Boleh ke persahabtn kta bertahan kalau satu pihak je yg......


ISTIDRAJ...?

Pernah x kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? Hmm... Sebenarnya kita kena ingt bhwa kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. 

Jd, apa yg dimaksudkan dgn istidrat tu?
Istidraj ialah suatu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 
Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat 
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, malangnya kebanyakan manusia yg bergelumang dgn maksiat dan masih menerima nikmat driNya menganggap nikmat tersebut adalah beserta redha dan kasih dari Allah...

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Nauzubillah... 

Moga2 kita dpt membezakan antra istidraj dgn rezeki dan nikmat yg Allah kurnikan kpd kita ats amalan yg kita lakukan agr kita tidak berterusan berada dlm kesesatan...
 

Friday, June 5, 2009

Kenapa manusia hari ini...

Manusia hari ini sering menganggap darjat, harta, kemewahan dan jua kuasa yg dimilikinya sewaktu hidup di ats muka bumi Allah ini sebagai satu kemuliaan dan kebanggaan yg boleh membuatkan mereka merasakan diri mereka lebih hebat dari insan lain. Dengan kuasa, mereka mampu mengarah org lain, dengan kuasa mereka boleh jadi terkenal, dengan kuasa jua mereka fikir mereka akan disanjung. 

Saya tertarik untuk kaitkannya dengan senario yg benar2 berlaku. Kalau dulu si dia mesra bergaul dengan rakan2nya yg lain, tp setelah memiliki kuasa @ jawatan di kampus, si dia kelihatan berubah. Si dia sudah tidak senang menegur rakan2 sekelasnya, sebaliknya lebih rapat dengan rakan-rakan seangkatan yg juga memiliki jawatan penting seprtinya. 

Hmmm, knapala perkara mcm ni blh terjadi?
Kenapa manusia sering mengganggap kuasa n jawatan yg dimiliki sebagai tiket utknya mengasingkan diri dari org biasa @ org bawahan?

Kalaulah stiap insan menghayati peringatan Allah melalui firmanNya yg bermaksud "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kpadaku" sudah pasti setiap insan akn menganggap jwtn yg dimiliki sbgai satu amanah & stiap tggujwb yg digalas merupakan satu ibadah dan I.Allah menjadi bekalan utk ke akhirat sana. 

Oleh itu, apalah sangat jawatan yg kita miliki sekiranya jwtn tersebut menjadikan kita angkuh, sombong, bongkak yg menjerumus kpd simptom mengasingkan diri dari org bawahan. Nauzubillah... Memang tak dpt dinafikan perasaan sebegini akan mudah dtg, namun diri sndiri shj yg mampu menghindarinya.
Teringat kata-kata yg sering diingatkan oleh naqibah saya, "Jawatan yg dimiliki bukanlah suatu tasyrif, tp sebaliknya adlh satu taklif". Astaghfirullahalazim... Beristighfar bila mengingati bhwa taklifan atau tanggungjawab yg dimiliki merupakan satu AMANAH yg akan dipersoal olehNya kelak... 

Oleh itu, saya menyeru diri saya dan shbt2 yg mengakui dirinya sebagai pemimpin, baik pemimpin terhadap indvdu lain mahupun pemimpin ke ats diri sendiri, bentengilah diri dari sikap angkuh dan riak ats kuasa yg dimiliki... Ingatlah, seangkuh dan sehebat manapun kamu, namun ke sejadah jua dahimu sujud, seindah dan semahal manapun pakaianmu, namun secarik kain dan secebis kapas jua membalutimu, sebesar dan seindah manapun rumahmu namun sekujur badan yg dlm gelita jua tempat tinggalmu, seramai manapun kawanmu dan sebanyak manapun duimu namun tetap kamu keseorangan dan di sana amal ibadat jadi temanmu... 

Wallahua'lam.