Sunday, April 26, 2009

Hak Wanita dalam Memilih Jodoh


Assalamualaikum... Saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian berkenaan isu "hak wanita dlm memilih jodoh". Maklumat nie dipetik melalui buku yg berjudul '111 Wasiat Rasulullah untuk Wanita Solehah' yang ditulis oleh Drs. kamsuri Selamat. Jom rkn muslimah yg lain, kita teliti hak kita selaku muslimah...

Sebenarnya, agama Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk menentukan siapa pasangan hidupnya kelak. Baik gadis 
mahupun janda, mereka berhak utk menerima atau menolak pinangan orang yang meminagnya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yg bermaksud:

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkannya, hingga lebih dahulu dimintakan izinnya. Kata mereka: Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab: "Apabila ditanya dia diam sahaja"                            (HR. Bukhari dan Muslim)

Melaui hadis di atas, ternyata agama Islam memberi hak sepenuhnya pada kaum wanita menentukan teman hidupnya, tujuannya supaya mereka dapat membina rumah tangga yang aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.

Namun begitu, bagi kaum wanita sangatlah diingatkan agar hak yang dikurniakan ini disalahgunakan utk mencari jodoh yg sudah menurut kemahuan nafsu syaitan semata. Jgnlah pula golongan hawa ini terlalu mudah menolak pinangan lelaki semata-mata mengambil kira aspek luaran shj tanpa menitikberatkan soal ketinggian agama dan nilai hidup sang lelaki tersebut. Oleh itu kaum wanita, berfikir matanglah dalam memilih teman hidupmu agar kelak dikurnia ank2 yg soleh & solehah, bakal penegak agama Allah di muka bumi ini.

Bagi sahabat2 yg mempunyai sebarang komen berkenaan topik ini, sila jgn segan utk memberi komen=)

1 Comments:

Blogger Serikandi Mujahidah... said...

seindah hiasan sebesar fitnah...

May 2, 2009 at 10:15 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home