Sunday, October 18, 2009

...

Assalamualaikum w.b.t.Pejam celik pejam celik...Rupanya dah sebulan saya x post entry baru...
Bukan xnak, tp malas.huhu...
Disebabkan bulan lalu bulan assignment, jadi segala proses mengepost tpaksa di'hold' buat smentara wktu.
Alhamdulillah bmula hari ni saya dah bebas dari esement (utk sem ni).
Oleh itu, saya rasa tpanggil utk bkongsi beberapa pristiwa pntg y dialami spnjg sebulan lebih ni.

Lawatan BIG ke Taman Negara, Pahang...
3 hari 2 malam, kami unit PISMP MAT SEM 2 di sana...



Pameran Geometry...
3 minggu kami xdpt tdo ygmencukupi,
apatah lagi tido yang berkuali...
Dan...
Inilah hasil kerja kumpulan kami...




"Welcome to Geometry's Dimension"

Yg bawah ni plak antara solid2 hasil kerja saya...







Dan saat yang dinanti-nanti...
Raya3...
Seronok bsame family tcinta...

xsabar nk blik rumah... hu~
Setakat ni dulu buat kali ni...
Esok kna hntr ISL tp xbuat lagi...
Wassalam...




Labels:

Tuesday, August 25, 2009

Giving Tree

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow. He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by. The little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday. One day, the boy came back to the tree and he looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I am no longer a kid, I don't play around trees anymore." The boy replied, "I want toys. I need money to buy them." "Sorry, but I don't have money. But you can pick all my apples and sell them. So, you will have money." The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad. One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me" the tree said. "I don't have time to play. I have to work for family. We need a house for shelter. Can you help me?" "Sorry, but I don't have a house. But you can chop off my branches to build your house." So the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then. The tree was again lonely and sad. One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!" the tree said. The boy said, "I am sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?" "Use my truck to build your boat. You can sail far away and be happy." So the boy cut the tree truck to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time. Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy. But I don't have anything for you anymore. No more apples for you." the tree said. "I don't have teeth to bite" the boy replied. "No more truck for you to climb on" "I am too old for that now" the boy said. "I really can't give you anything. The only thing left is my dying roots." the tree said with tears. "I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all these years." the boy replied. "Good! Old tree roots is the best place to lean on and rest. Come, come sit down with me and rest." The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.

This is a story of everyone. The tree is our parent. When we were young, we loved to play with Mom and Dad. When we grown up, we left them, only came to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that's how all of us are treating our parents.

Sunday, August 23, 2009

Teristimewa buat keluarga yang dirindui...


Ma,

Hari ni dah masuk 3 Ramadhan,
Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar,
Terngiang-ngiang pesan ibu tercinta,
"Ramadhan medan terbaik utk melawan hawa nafsu",
"Bnda baik memg susah nk buat",
"Tapi kalo dah terbiasa sgalanya akn jd mudah",
"Bnyakkan zikir, bca quran, trawikh, slt jemaah trutama wktu subuh",
Terima kasih ma...
Smoga anakmu xkan menghampakanmu,
Walau kak jauh dari sisi ma nnt,
Semoga ma xkan penah jemu menegur silap anakmu ini,
Biar umur makin meningkat dewasa,
Kerana diriku x kuat tnpa nasihat, teguran & didikanmu...

Abah,

Hari ni da masuk minggu ke2 kak di rumah,
Tapi kak xtau kta xbnyk berkomunikasi,
Kak paham abah sibuk dgn tugas,
Demi Islam dan keluarga tercinta,
Tapi kak bersyukur sbb masih dpt bsama abah,
Hari ni abah xda d rumah,
Ke Permatang Pasir,
Bz sungguh abah ku,
Moga2 sgala gerak kerja utk membantu prjuangan Islam ini,
Dinilai sbg ibadat di sisi Allah.

Kakak, Abang dan adik2ku,

Selama bercuti di rumah,
Kak gembira sbb dpt bsama abah, ma, a.nul, isyam n ji,
A.Nul moga bjaya dlm hdupmu,
Kerja sngguh2 nnt bls jsa ma abh,
Hisham jgn main kuat sgt,
Belajar2...
Ji pon blaja btul2,
Ingat janjimu 10 A final exam nnt,
Jgn lupe buat apa2 ingt apa pesan ma abah,
Biar ma abh menangis ats kjayaanmu,
Bukan sebab kenakalan kamu,
Sejuk hati kak tgk adik2 kak da jadi kaki masjid,
Sama-sama skali ngan abah n a.nul,
Yani, kejap je kak smpat jmpa yani,
Terubat jgk rindu di hati walau kta sm2 loyar buruk (huhu),
Tp kakak mane xsyg adik,
Kak xsmpat jmpa k.ila buat msa ni,
Harap2 berkesempatan jumpa kakakku ini,
Seorang ank, kakak, isteri n juga ibu,
Semoga bhagia bsama kluarga,
Wpun xmampu menuruti jejakmu sbgai hafizah,
Tp jauh di sudut hati kak nk mncontohi k.ila,
Doakan adimu ini...
A.Mad juga,
Kehadiranmu penambah seri,
Kami semua gembira dengan kehadiranmu,
Alhamdulillah...
Moga kak jgk dpt bertemu imam hdup dunia akhrt yg soleh =)

Sedih n sayu hati ni,
Xtau knape...
Trima kasih Ya Allah,
ats nikmat dan kurniamu,
Usrati...
Uhibbukum Fillah...


Tiba2 tersenyum bla tringat kt sorg tu,
Tak disebut plak nama dia...


~Tengok tu~
da tarik muke... huhuhu

Wat Alya,
Mami Ti syg alya sgt2,
Da besar nnt ingt yg kami semua bahagia dgn alya,
Penghibur kami...




Senyum slalu...
Jgn mencuka ja...


Ya Allah,
Moga kebahagiaan dan kenikmatan bersama kluargaku,
Sentiasa berkekalan,
Jika kami diuji,
Jauhi kami dari diuji dengan ukhuwwah ini,
Amin...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak...

Ramadhan... Kehadiranmu dinanti2.


p/s: Jangan lupa tanam azam dalam diri utk Ramadhan kali ini...
Nak khatam quran sekali, 2 kali, 3 kali?
Nak qiam stiap mlm?
Xtinggal tarawih?
Nk bersedekah bnyk2?
Xkira apa skali azam kita asalkan utk kebaikan dunia akhirat...
Moga2 Ramadhan kali ini mampu memberi mkna buat diriku...
Bulan Ramadhan bulan mulia...

Ayuh kita pasak niat,
letakkan tekad...
Ramadhan sbgai medan utk mengutip mutiara maghfirah dariNya,

1 RAMADHAN...
IBADAH DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN AKHIRAT DIUTAMAKAN...=)

Sunday, August 16, 2009

bELaJar Utk MengAJAR...

Salam ukhuwwah...

Utk entry kali ini sy tertarik utk berkongsi pengalaman hari pertama sy ke sekolah...
SBE (School Base Experience)... Yup ... Seminggu ke sekolah utk mencari pengalaman... Kata org pengalaman xdpt dibayar dengan wang ringgit. Betul, sy sgt menyokong...
Ini merupakan kali ke2 saya ber'SBE'. Hari ni hari pertama saya di sekolah itu... SK. Pasir Hor...
Alhamdulillah di sana saya dapat bertemu dengan guru-guru yg sgt berpengalaman dlm dunia pendidikan. Mereka sgt ramah... Memang sgt mengambil berat akan hal ank2 didik mereka. Sesekali terkesima dengan mereka. Sesekali pening kepala juga melihat gelagat mereka melayan murid-murid.

Hari pertama di sana, sy diberi peluang utk mengendali kelas tahun 6. Sejam bersama mereka, ckup memberi ksedaran buat sy akan kelemahan diri... Bukan senang nak kendali kelas rupenye... Ckuplah utk kali ini... Moga hari esok lebih baik dari hari ini. Amin..

Friday, July 31, 2009

HARI PENENTUAN...




Thursday, July 30, 2009

Muslimat dan hijabnya...

Assalamualaikum... Sama-samala kita nilai wahai kaum hawa yang bergelar muslimah...

Marwa mangsa perkauman

Susunan FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my

>Info

NAMA MANGSA: Marwa Ali El-Sherbini

LAHIR: 7 Oktober 1977 di Kaherah, Mesir

KERJAYA: Ahli farmasi di Jerman.

FAKTA KES: Dalam kejadian pada 1 Julai lalu, Marwa yang hamil tiga bulan ditikam 18 kali oleh lelaki yang dituduh dalam rayuan perbicaraan di Dresden, Jerman. Pembunuh juga menikam suaminya, Elwi Ali Okaz yang disalah anggap polis Jerman sebagai penyerang dan menembaknya di kakiMESKIPUN Marwa Ali El-Sherbini, 31, hamil tiga bulan, namun tidak menimbulkan simpati kepada seorang lelaki yang dikenali Alex W, 28, apabila dia sanggup menikam wanita itu 18 kali sehingga maut.

Lebih menyedihkan, kejadian di dalam mahkamah di Landgericht, Dresden, Jerman itu turut disaksikan anak sulung Marwa berusia tiga tahun dikenali Mustafa.

Malang berganda dialami keluarga itu apabila suami Marwa, Elwi Ali Okaz, yang mahu membantu mangsa bukan saja ditikam, malah polis Jerman yang tiba di lokasi kejadian, menembak kakinya kerana menyangka dia penyerang.

Elwi yang mengalami kecederaan parah di paru-paru dan pinggang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari namun sehingga kini tiada laporan mengenai status kesihatannya.

Kematian Marwa mencetus konflik, terutama di kalangan umat Islam yang meluahkan kekecewaan dan kemarahan kepada kerajaan negara itu.

Selain itu, kes berkenaan turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta menjadi tajuk utama berita di negara kelahiran Marwa, Mesir.

Kejadian pada 1 Julai lalu berpunca daripada insiden di taman permainan berdekatan rumah Marwa di Dresden.

Ketika itu, Marwa yang memakai tudung meminta laluan kepada Alex supaya membenarkan anak lelakinya bermain buaian di taman berkenaan tetapi dibalas dengan jeritan, ‘pengganas’, ‘perempuan jahanam’ dan ‘kamu tidak layak menetap di sini’.

Marwa kemudian membuat laporan polis ke atas Alex, rakyat Jerman yang berketurunan Russia atas dakwaan bersikap kurang ajar.

Lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman denda sebanyak 780 euro (RM3,822).

Bagaimanapun, Alex mengemukakan rayuan dan hakim menetapkan 1 Julai lalu untuk mendengar permohonan berkenaan.

Pada hari ditunggu, hanya lapan orang saja dalam mahkamah berkenaan iaitu ahli panel daripada sebuah pertubuhan profesional, hakim, pendakwa, peguam bela, Alex, suami Marwa dan anak lelaki mereka.

Tiada pemeriksaan ketat dilakukan ke atas mereka yang menghadiri perbicaraan itu, termasuk tertuduh.

Ketika Marwa melangkah masuk ke mahkamah, Alex yang ketika itu di kandang tertuduh melompat keluar dan mengeluarkan senjata yang dibawa di dalam poketnya.

Tanpa belas kasihan, dia terus menikam Marwa di depan suami dan anaknya sebanyak 18 kali sambil menjerit, “Awak tidak sepatutnya hidup”.

Sedang Elwi berusaha membantu isterinya daripada terus ditikam, dia juga menjadi mangsa apabila polis yang dipanggil untuk membantu melepaskan tembakan ke arah kakinya kerana menyangka dia penyerang.

Marwa maut di tempat kejadian manakala Elwi dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah dan ditempatkan di ICU.

Mayat Marwa dibawa pulang ke Kaherah dan pengebumian yang dilakukan pada 6 Julai lalu dihadiri lebih 2,000 rakyat Mesir yang simpati ke atas wanita berkenaan. Mereka menggelar Marwa sebagai seorang ibu dan wanita yang mati syahid.

Alex pula ditahan sebelum didakwa atas tuduhan membunuh. Perbicaraan dijangka dijalankan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Sejurus kejadian itu diketahui umum, orang ramai, terutama umat Islam melemparkan kemarahan kepada kerajaan Jerman dengan disusuli tindakan demonstrasi selain ada negara Islam menyatakan bantahan kepada kedutaan Jerman.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menuntut Jerman memikul tanggungjawab atas pembunuhan Marwa dan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk negara itu.

Iran turut memanggil duta Jerman ke negara itu, Herbet Honsowitz bagi membantah pembunuhan berkenaan dan menggesa Berlin mengambil langkah keselamatan perlu bagi melindungi hak golongan minoriti agama di Jerman.

Rakyat Iran berkumpul di pintu masuk kedutaan Jerman di Teheran bagi membantah pembunuhan berkenaan, malah ada membaling telur ke arah pintu utama.

Bantahan sama turut berlaku di Mesir apabila rakyatnya membantah kekejaman yang dilakukan ke atas Marwa.

Marwa yang lahir pada 7 Oktober 1977, berhijrah ke Jerman pada 2005 kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Minufiya. Mereka menetap di Bremen sebelum berpindah ke Dresden pada 2008.

Di negara itu, Marwa yang berpendidikan daripada El Nasr Girls College bekerja sebagai ahli farmasi.