Wednesday, July 22, 2009

cEriTA KerAnG

Assalamualaikum. Semenjak menjangkau ke semester ke2 sy xberkesempatan utk posting ape2 kt blog ni. huhu... Kali ni sy just nk share cruta yg diperolehi dri seorg shbt. Slmt membaca... Slmt merenung...

Ini cerita seekor kerang...Cerita pengajaran...Cerita sastera...Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang
tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya
sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.


Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan
itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu
angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang
pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok
dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan.
Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek;
dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa,
semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan.
Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai
yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang
itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika
itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan
bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati.
Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang
dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu
karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke
petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat
keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah...
Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur
cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang
terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh
itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke
sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan
ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya.
Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan
tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh
cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan
harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi.
Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba
membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah
terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas
mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah
jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat,
otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan.
Ia mual dan termuntah di situ.
Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu
mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat
kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya
tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai
sahabatku.
Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut
terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa
dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita
hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan.
Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai
sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea
kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh
kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui
media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang
hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan
ketam-ketam dalam kisah di atas.
Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang
abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa
berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan.
Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan
jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang
keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat
sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita
sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam
munajatnya di hadapan wajah Tuhan.
Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan.
Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada
yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan
di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam
arus dunia keremajaan?

Fikir-fikirkanlah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home