Kenapa manusia hari ini...
Manusia hari ini sering menganggap darjat, harta, kemewahan dan jua kuasa yg dimilikinya sewaktu hidup di ats muka bumi Allah ini sebagai satu kemuliaan dan kebanggaan yg boleh membuatkan mereka merasakan diri mereka lebih hebat dari insan lain. Dengan kuasa, mereka mampu mengarah org lain, dengan kuasa mereka boleh jadi terkenal, dengan kuasa jua mereka fikir mereka akan disanjung.
Saya tertarik untuk kaitkannya dengan senario yg benar2 berlaku. Kalau dulu si dia mesra bergaul dengan rakan2nya yg lain, tp setelah memiliki kuasa @ jawatan di kampus, si dia kelihatan berubah. Si dia sudah tidak senang menegur rakan2 sekelasnya, sebaliknya lebih rapat dengan rakan-rakan seangkatan yg juga memiliki jawatan penting seprtinya.
Hmmm, knapala perkara mcm ni blh terjadi?
Kenapa manusia sering mengganggap kuasa n jawatan yg dimiliki sebagai tiket utknya mengasingkan diri dari org biasa @ org bawahan?
Kalaulah stiap insan menghayati peringatan Allah melalui firmanNya yg bermaksud "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kpadaku" sudah pasti setiap insan akn menganggap jwtn yg dimiliki sbgai satu amanah & stiap tggujwb yg digalas merupakan satu ibadah dan I.Allah menjadi bekalan utk ke akhirat sana.
Oleh itu, apalah sangat jawatan yg kita miliki sekiranya jwtn tersebut menjadikan kita angkuh, sombong, bongkak yg menjerumus kpd simptom mengasingkan diri dari org bawahan. Nauzubillah... Memang tak dpt dinafikan perasaan sebegini akan mudah dtg, namun diri sndiri shj yg mampu menghindarinya.
Teringat kata-kata yg sering diingatkan oleh naqibah saya, "Jawatan yg dimiliki bukanlah suatu tasyrif, tp sebaliknya adlh satu taklif". Astaghfirullahalazim... Beristighfar bila mengingati bhwa taklifan atau tanggungjawab yg dimiliki merupakan satu AMANAH yg akan dipersoal olehNya kelak...
Oleh itu, saya menyeru diri saya dan shbt2 yg mengakui dirinya sebagai pemimpin, baik pemimpin terhadap indvdu lain mahupun pemimpin ke ats diri sendiri, bentengilah diri dari sikap angkuh dan riak ats kuasa yg dimiliki... Ingatlah, seangkuh dan sehebat manapun kamu, namun ke sejadah jua dahimu sujud, seindah dan semahal manapun pakaianmu, namun secarik kain dan secebis kapas jua membalutimu, sebesar dan seindah manapun rumahmu namun sekujur badan yg dlm gelita jua tempat tinggalmu, seramai manapun kawanmu dan sebanyak manapun duimu namun tetap kamu keseorangan dan di sana amal ibadat jadi temanmu...
Wallahua'lam.
2 Comments:
alhamdulillah..andainy smua pmimpin sdar akn amanah y dipikul n jwtn bkn utk bmegah2,tiada lg istilah antara 2 darjat..akn wujudlah pemimpin2 sezuhud umar abdul aziz..indahny andai dunia hari ini seperti itu..-impikan pemimpin bjiwa besar..bkn besar diri-
betul tu serikandi mujahidah
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home