ISTIDRAJ...?
Pernah x kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? Hmm... Sebenarnya kita kena ingt bhwa kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.
Jd, apa yg dimaksudkan dgn istidrat tu?
Istidraj ialah suatu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, malangnya kebanyakan manusia yg bergelumang dgn maksiat dan masih menerima nikmat driNya menganggap nikmat tersebut adalah beserta redha dan kasih dari Allah...
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Nauzubillah...
Moga2 kita dpt membezakan antra istidraj dgn rezeki dan nikmat yg Allah kurnikan kpd kita ats amalan yg kita lakukan agr kita tidak berterusan berada dlm kesesatan...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home