Thursday, April 30, 2009

cUti oH CutI...


Alhamdulillah, dlm kesibukan yg makin menghimpit, diri ini masih berkesempatan utk menulis... Esok adalh hari cuti, rasenyer inilah buat julung kalinya saya xblik n just stay dkt hostel... Plan sbenar utk ke rmh kakanda di Gombak. Namun, disebabkan masalah kewangan yg agak kronik yang sedang diri ini hadapi, terpaksa kubatalkan niat suciku...
Rasa tertarik utk berkongsi pengalaman saya, 3 hari yg lepas, modem broadbandku bermasalah... Terus dibawa ke Celcom Blue, tmpt modem tu dibeli. Malangnya memang modem sy xdpt dibaiki oleh  pekerja kedai bkenaan. Kena hantar ke kilang utk dibaiki. Xpasti berapa lma harus kutunggu... Apakan dayaku. Anggaplah ini sbgai ujian. Dalam tempoh kegawatan ekonomi sendiri yg makin kronik, makin banyak kerugian yg dialami... Ya Allah, semoga diri ini tabah menghadapinya.
Berbalik pasal cuti... Saya berazam utk meng'cover' subjek Math2, TITAS, n GERKO dlm ms cti ni coz mggu dpn akan bermula saat2 yg pling xdisukai... I will sit for the test... Sahabat2 yg membaca, doakan kejayaan saya n rakan2 yg lain... Amin...

Sunday, April 26, 2009

Hak Wanita dalam Memilih Jodoh


Assalamualaikum... Saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian berkenaan isu "hak wanita dlm memilih jodoh". Maklumat nie dipetik melalui buku yg berjudul '111 Wasiat Rasulullah untuk Wanita Solehah' yang ditulis oleh Drs. kamsuri Selamat. Jom rkn muslimah yg lain, kita teliti hak kita selaku muslimah...

Sebenarnya, agama Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk menentukan siapa pasangan hidupnya kelak. Baik gadis 
mahupun janda, mereka berhak utk menerima atau menolak pinangan orang yang meminagnya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yg bermaksud:

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkannya, hingga lebih dahulu dimintakan izinnya. Kata mereka: Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab: "Apabila ditanya dia diam sahaja"                            (HR. Bukhari dan Muslim)

Melaui hadis di atas, ternyata agama Islam memberi hak sepenuhnya pada kaum wanita menentukan teman hidupnya, tujuannya supaya mereka dapat membina rumah tangga yang aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.

Namun begitu, bagi kaum wanita sangatlah diingatkan agar hak yang dikurniakan ini disalahgunakan utk mencari jodoh yg sudah menurut kemahuan nafsu syaitan semata. Jgnlah pula golongan hawa ini terlalu mudah menolak pinangan lelaki semata-mata mengambil kira aspek luaran shj tanpa menitikberatkan soal ketinggian agama dan nilai hidup sang lelaki tersebut. Oleh itu kaum wanita, berfikir matanglah dalam memilih teman hidupmu agar kelak dikurnia ank2 yg soleh & solehah, bakal penegak agama Allah di muka bumi ini.

Bagi sahabat2 yg mempunyai sebarang komen berkenaan topik ini, sila jgn segan utk memberi komen=)

Saturday, April 25, 2009

Kursus BTN dan sebagai dia...



Alhamdulillah. Saya berkesempatan lg utk terus post ke blog ini. Slama 4 hari 3 malam saya n rakan2 JPP yg lain telah berkhemah di Taman Negeri Endau Rompin. Banyk knangan pahit manis slama berada di sana. Namun, hati2 kami terus meronta, xsbr2 nk blik IPPM. Papepun, antara pengalaman yg pling manis ialah berpeluang mengenali rkn2 JPP yg lain dgn lebih dekat.Selain tu, best jgk, dpt berkayak di sg, n yg pling mncabar, berkayak melawan arus...huhu...Di sana kami berpeluang merasai makanan tentera yg dah siap dibungkus. Memg kena msk sdiri... Tp, bes la sbb sblm ni xpnah rasa pkhemahan mcm ni... Namun, ada jgk knangan pahit di sana. Tp, biarkan ianya pergi...

Saturday, April 18, 2009

MENCARI CINTA AGUNG...

sAyaNgi DiRi hIAsi PeRIbaDI

Renungan Untuk yang terleka

Ingatlah kehidupan merupakan ladang bagi akhirat. Sesekali kita harus luangkan masa sejenak dan fikirkan apa tujuan aku diciptakan... Ranung dan fikirkan... "God spot" atau titik Tuhan dalam otak manusia akn membantu kita utk mnjawab persoalan ini... Oleh itu, saya ingin ingatkan diri saya n juga pembaca... Carilah bekalan sebanyak mungkin selagi diri masih bernyawa... Amin...
"Mencari kecemerlangan dunia n akhirat"

Wednesday, April 15, 2009

OBESITI

"Saya takut gemuk", "saya xnak gemuk".... Ni antara ayat yg selalu didengari terutamanya dari remaja perempuan. Oleh itu, perlu ada usaha untuk mencegahnya... Bagaimana caranya? Di sini saya sediakan beberapa perkara berkaitan obesiti. Oleh itu, jom sama2 amalkan diet seimbang. Bukan hanya nk nampak cantik, tp mengutamakan kesihatan...

Bagaimana obesiti bermula?
Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:
a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan: 

a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja) 
f) Makan pada masa yang tetap 
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.

Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini...

~SELAMAT MENGAMALKAN~

Monday, April 6, 2009

Mungkinkah segalanya kan berakhir...

Buntu... Keliru... Hanya Kau yg Maha mengetahui...